Rabu, 05 September 2012

SEJARAH MURAI BATU

Burung Murai Batu boleh didapati di Semenanjung Malaysia. Burung Murai Batu adalah burung tempatan di Asia Selatan, tetapi turut dibawa ke Kaua'i, Hawai'i, pada awal 1931 dari Malaysia, dan ke O'ahu pada 1940. Ia biasanya terdapat di hutan lembah atau di permatang selatan Ko'olau, dan biasanya bersarang di bawah semak atau pokok rendah hutan daun lebar tanah rendah.

Ciri-ciri fizikal

Ia biasanya seberat 1 dan 1.2 auns dan sekitar 9 hingga 11 inci panjang. Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.


Ia adalah pemalu tetapi mempertahankan kawasannya. Kawasan ini mungkin dikongsi semasa musim pembiakan dengan burung jantan mempertahankan kawasan tersebut, tetapi setiap jantina mungkin mempunyai kawasan berlainan di luar musim mengawan.
Bunyi nyanyian spesies ini amat merdu dan pelbagai yang menjadikannya popular sebagai burung sangkar di Asia Selatan dengan tradisi ini berterusan di Asia Tenggara. Bunyinya amat kuat dan jelas, dengan pelbagai frasa, dan sering kali mengajuk bunyi burung lain. Ia juga menghasilkan bunyi klik ('Tck') dengan sayapnya apabila resah atau terbang di kawasan terbuka mencari makan. Salah satu rakaman kicauan burung yang pernah di buat dihasilkan dengan spesies ini. Rakaman ini dihasilkan pada tahun 1889 dari burung dikurung menggunakan silinder lilin Edison oleh Ludwig Koch di Jerman.
Burung Murai Batu makan serangga hidup liar tetapi dalam kurungan di beri makan bijiran legume yang direbus dan kering dengan kuning telor dan daging mentah.


 
Copyright 2010 Murai batu
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint